Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao
Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 7:37 pagi, hari ini.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 5.7° Utara dan 125.1° Timur, dengan magnitud 7.9 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 97 km selatan dari Koronadal City, Filipina, dengan kedalaman 50 kilometer.
Difahamkan, gegaran turut dirasai di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.
METMalaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.
Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.
Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.