Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Kuat Landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 4.50 pagi tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 0.4° Utara dan 122.0° Timur, dengan magnitud 6.3 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 120 kilometer Barat dari Gorontalo, Indonesia, dengan kedalaman 131 kilometer.
Tambah METMalaysia, gegaran turut dirasai di Bahagian Tawau dan Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Dalam pada itu, mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik melalui pautan di sini.
BACA: PM Anwar Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
BACA: SARA RM100: PM Anwar Bidas Pembangkang, Pertahan Inisiatif Kerajaan
BACA: Cuti 15 September: Majikan Ada 3 Pilihan, Pekerja ‘Wajib’ Tahu
Sumber: METMalaysia