Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Kuat Landa Timur Kepulauan Kuril
Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Timur Kepulauan Kuril pada jam 2.48 petang, sebentar tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 49.4° Utara dan 160.0° Timur, dengan magnitud 6.2 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 406 kilometer Selatan dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Russia, dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh
BACA: Satu Lagi Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Johor, Malaysia
Sumber: METMalaysia