Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Landa Kundasang Sebentar Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan berlakunya gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah tepat pukul 9:28 pagi sebentar tadi.

Menurut MET Malaysia, gempa bumi tersebut bermagnitud 3.7 pada skala ritcher dengan koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur.

Dalam pada itu, pusat gempa tersebut berada pada jarak 14 kilometer barat laut dari Ranau, Sabah serta berkedalaman 10 kilometer dalam.

Difahamkan, impak gegaran turut dirasai di sekitar Ranau. Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami kepada negara buat masa ini.

Sumber: MET Malaysia