Gempa bumi lemah berukuran 3.5 magnitud dilaporkan berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada jam 10.57 pagi, Sabtu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.
Gempa bumi di Ranau
Pusat gempa itu dikesan kira-kira 14 kilometer di selatan Ranau, Sabah pada kedalaman 13 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar Ranau dan kawasan berhampiran.
“Gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia bagi membantu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian tersebut.

