Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 dilaporkan berlaku di Selatan Sumbawa, Indonesia pada jam 5.08 petang, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 10.9 darjah Selatan dan 117.3 darjah Timur.
Menurut MET Malaysia, gempa berkenaan turut dikesan pada kedalaman 61 kilometer, kira kira 290 kilometer ke tenggara Mataram, Indonesia.
Baca juga:
Jelasnya, kejadian itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

