Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Lemah Landa Bukit Kepong, Pagoh Sebentar Tadi
Satu gempa bumi lemah 3.4 Magnitud telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berlaku di 2.4° Utara dan 102.7° Timur dengan jarak 16km dari BD Segamat, Johor.
Pusat gegaran terletak pada kedalaman 10km.
Difahamkan, gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor dan Melaka.
Sehubungan itu, MetMalaysia memohon orang ramai yang merasai gegaran gempa bumi ini untuk mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37.