Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Lemah Landa Kawasan Pantai Sabah

Gempa bumi lemah Sabah
Sumber: METMalaysia via Facebook

Gempa Bumi Lemah Landa Kawasan Pantai Sabah

Gempa bumi lemah dilaporkan telah berlaku di kawasan pantai Sabah, Malaysia pada jam 2.49 petang, hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa terletak 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km).

Katanya, ia membabitkan jarak 50km timur dari Semporna, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas METMalaysia dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

BACA: Kemalangan Babit 3 Kereta: Seorang Wanita Maut, 7 Cedera

Sumber: METMalaysia via Facebook