Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Satu lagi kejadian gempa bumi yang berlaku di kawasan Michoacán, Mexico dengan gegaran dengan kekuatan 5.8 magnitud dan meningkatkan lagi angka kematian.
Menurut Independent, seorang daripada mangsa maut selepas dihempap bahagian hadapan kedai serbaneka di pelabuhan Pasifik Manzanillo, manakala seorang lagi ditemui mati di sebuah pusat beli-belah.
Selain itu, amaran tsunami telah dikuatkuasakan serta merta selepas bencana tersebut dan diteliti semula pada hari yang sama.
Pihak berkuasa berkata bahawa ancaman tsunami sebahagian besarnya berlalu dengan perubahan kecil aras laut sehingga 0.3 meter dan berterusan untuk beberapa jam akan datang.

BACA JUGA: Gempa Kuat 7.5 Magnitud Landa Mexico, Seorang Dilapor Terkorban
Siang tadi juga, Siakap Keli turut melaporkan tentang gempa bumi di Mexico. Dalam laporan tersebut, dilaporkan sekurang-kurangnya seorang maut dan dua bangunan musnah selepas berlakunya gempa bumi bermagnitud 7.5 pada Isnin, 19 September semalam.
Sebelum gempa bumi tersebut berlaku, penggera amaran gempa telah dibunyikan ke seluruh negara sebagai tanda amaran gempa bumi yang besar bakal berlaku. Kejadian ini seakan-akan tragedi gempa bumi yang telah membunuh ribuan manusia pada tahun 1985 dan 2017.
Hari ini sepatutnya merupakan hari peringatan untuk tragedi gempa bumi yang pernah melanda bandar tersebut pada 1985 dan 2017. Difahamkan bahawa gempa bumi pada 1985 telah mengorbankan 5,000 orang, dengan kekuatan gegaran 8.0 magnitud.
Pada tarikh yang sama, kejadian serupa turut berlaku pada 2017 dan telah mengorbankan 378 orang dengan kekuatan gegaran sebanyak 7.1 Skala Ritcher.
Ramai yang mengatakan, tarikh 19 September merupakan hari malang di Mexico. Ketika mereka sedang menyambut ulang tahun tragedi gempa bumi yang pernah melanda bumi Mexico, pada saat itulah bandar tersebut dilanda dengan bencana alam yang serupa.
Berikut merupakan beberapa rakaman video di media sosial, menunjukkan keadaan Mexico sewaktu dilanda gempa bumi pada pagi lalu.
Dalam video tersebut, berlakunya kocakan dan limpahan air dalam jumlah yang besar pada kolam renang tertutup di Mexico. Apa yang terjadi pada kolam renang tersebut seolah-olah ia ‘digoncang’ dan menghasilkan kesan limpahan air yang begitu besar.
Semasa kejadian gempa bumi berlaku, bangunan-bangunan yang tinggi kelihatan terumbang-ambing. Keselamatan bagi sesiapa yang menghuni bangunan tersebut ataupun yang berada di luar kawasan bangunan itu sangat merisaukan.
Selepas kejadian tersebut, sebuah gim dilaporkan mengalami kerosakan yang teruk. Berdasarkan video tersebut, tingkap gim tersebut didapati telah pecah dan berkemungkinan besar pemilik premis tersebut terpaksa menanggung kerugian yang agak besar.
Bukan itu sahaja, bencana tsunami juga telah melanda kawasan Manzanillo selepas kejadian gempa bumi melanda Mexico. Air membanjiri kawasan perumahan penduduk dengan beberapa barangan seperti tong dram kelihatan terapung di atas permukaan air.
Penduduk-penduduk di kawasan tersebut telah berkumpul di atas jalan selepas gegaran gempa bumi yang kuat melanda bandar mereka. Mereka kelihatan masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.
Sumber: Independent