Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Barat Daya Sumatera, Indonesia Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera pada pukul 8.39 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34 km.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA, Jabatan Meteorologi Malaysia