Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Sederhana ‘Gegar’ Rantau Kepulauan Filipina
Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada jam 3.29 petang, sebentar tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 9.2° Utara dan 127.1° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 99 kilometer Timur dari Gingoog City, Philippines, dengan kedalaman 10 kilometer.
Tambah METMalaysia, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.
BACA: Penghargaan SARA Bukan Penyelesaian Tunggal, Tambahan Kepada STR & MySARA – PM Anwar
Sumber: METMalaysia