Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Sederhana Gegar Utara Sumatera Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gegaran gempa bumi sederhana di Utara Sumatera, Indonesia pada 7.35 pagi tadi.
Gegaran dikesan bermagnitud 5.3 skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia dalam kenyataan itu, pusat gempa terletak pada 4.9 darjah dari Utara dan 96.0 darjah dari arah Timur.
Difahamkan, ia berlaku pada jarak 88 kilometer dari arah Utara Meulaboh, Indonesia.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini, lapor MET Malaysia.
Terkini, Bernama melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter di wilayah Balikesir, Barat Turkiye pada 10.48 malam waktu tempatan. Gempa yang berlaku pada lewat malam Isnin itu turut dirasai di Istanbul dan wilayah sekitar.
Presiden negara berkenaan, Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa gempa berkedalaman 5.99 kilometer itu.
Menurut beliau, pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye sedang melaksanakan pemeriksaan lapangan dan pemantauan bersama agensi lain.
Setakat ini, dua individu dilaporkan cedera ringan akibat panik dan tiada kematian dilaporkan. Berita ini dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya.
Katanya, bekalan elektrik yang terputus di kawasan terjejas dalam proses pemulihan menerusi usaha pasukan teknikal.
Menerusi laporan yang sama, Yerlikaya mengesahkan tiga bangunan kosong dan sebuah kedai dua tingkat runtuh. Beliau turut menegaskan tiada individu yang berada di dalam bangunan yang telah rosak akibat gempa terdahulu itu.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Bernama