Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Sederhana Landa Kepulauan Talaud

Gambar: MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, gempa bumi pada pukul 10.29 pagi itu berpusat di 78 kilometer (km) tenggara Kepulauan Talaud pada kedalaman 28km.

Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA