Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gempa bumi turkiye syria
Kredit: AFP

Gempa Bumi Turkiye: Angka Korban Meningkat Lebih 1,200 Mangsa

Nurhanis

Gempa Bumi Bunuh Lebih 1,200 di Seluruh Turkiye, Syria

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengesahkan jumlah terkini angka kematian tragedi gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 di Turkiye dilaporkan meningkat kepada lebih 1,200 orang setakat ini, lapor AFP.

Difahamkan, 912 daripadanya terkorban dalam wilayah Turkiye manakala 326 mangsa korban lagi melibatkan sebahagian wilayah yang dikawal di bawah pentadbiran kerajaan Syria.

Menurut Ketua Pengarah Pusat Gempa Bumi Kebangsaan Syria, Raed Ahmed, tragedi tersebut adalah gempa bumi yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah negara.

Gempa itu berlaku pada 4.17 pagi GMT pada kedalaman kira-kira 17.9 kilometer (11 batu) berhampiran bandar Gaziantep di Turkiye, yang menempatkan kira-kira dua juta orang, menurut Kajian Geologi AS.

Kredit: AFP

Pusat perkhidmatan kecemasan AFAD Turkiye meletakkan magnitud gempa pada 7.7, mengemas kini semula anggaran awal iaitu 7.4.

Semasa kejadian, penyelamat menggali runtuhan merentasi pusat bandar dan kawasan perumahan di hampir semua bandar besar di sepanjang sempadan dengan Syria.

Kredit: AFP

Beberapa kemusnahan paling teruk berlaku berhampiran pusat gempa antara Kahramanmaras dan Gaziantep, di mana seluruh blok bandar musnah di bawah salji yang terkumpul semasa runtuhan berlaku.

Gabenor Kahramanmaras Omer Faruk Coskun berkata masih terlalu awal untuk menganggarkan jumlah kematian kerana bangunan banyak yang telah musnah dan kerosakan yang dialami amat serius.

Gempa itu menyebabkan sebuah masjid terkenal sejak abad ke-13 sebahagiannya runtuh di wilayah Maltaya, sebuah bangunan 14 tingkat dengan 28 pangsapuri menempatkan 92 orang juga turut runtuh.

Sementara itu, di bandar-bandar lain menunjukkan sebuah istana atas bukit berusia 2,200 tahun yang dibina oleh tentera Rom di Gaziantep juga runtuh.

Dianggarkan seramai 200 orang berada di kawasan itu semasa runtuhan susulan seorang penyelamat mendengar jeritan di tempat terbabit.

Gangguan bekalan elektrik

Kementerian Kesihatan Syria melaporkan kerosakan di seluruh wilayah Aleppo, Latakia, Hama dan Tartus.

Pakar gempa bumi Naci Gorur kemudiannya menggesa pegawai tempatan supaya segera memeriksa empangan di rantau untuk mengelakkan banjir yang berpotensi membawa bencana kepada negara itu.

Pegawai memotong gas asli dan bekalan kuasa di seluruh wilayah sebagai langkah berjaga-jaga dan juga menutup sekolah selama dua minggu.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menawarkan untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada Turkiye dengan bantuan dron yang digunakan sewaktu pertempuran Kyiv dalam pencerobohan Rusia.

Terdapat pelbagai negara yang menghantar ucapan takziah seperti Iran, Washington, Kesatuan Eropah dan Rusia yang turut menawarkan bantuan kepada negara itu.

Sumber: AFP via RFI

BACA: Gempa Turkiye: Lebih 100 Orang Termasuk Di Syria Terkorban