Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?

Genap 2 Tahun Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz, Netizen Luah Rasa Sedih Bila Terkenang Jeritan ‘Anak Syurga’

Fildza Zainal

Kematian yang menghidupkan, biarpun sudah genap dua tahun berlalu tragedi duka yang menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih lagi segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Pagi 14 September 2017 gempar tatkala api marak ‘menelan’ bangunan tiga tingkat itu serta membakar 24 tubuh didalamnya sehingga rentung.

Dikatakan bahawa mereka yang terkorban adalah terdiri daripada 24 pelajar dan dua orang warden yang menginap di situ.

Sekitar kawasan pengebumian Raudhatul Sakinah, Batu Caves dimana 12 mangsa tragedi Pusat Tahfiz DQI akan dikebumikan (Foto: Hafiz Marzuki)

Pelbagai spekulasi timbul, ramai yang berteka-teki tentang punca terjadinya insiden tragis hingga membunuh anak-anak syurga.

Pada mulanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menyatakan bahawa kebakaran itu tercetus apabila berlakunya litar pintas namun siapa sangka, hanya kerana perbuatan ejek mengejek, nyawa akhirnya menjadi taruhan.

Ya, kebakaran di pusat tahfiz itu disahkan sebagai khianat di mana tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun didakwa terlibat.

Kejadian yang menghebohkan seluruh negara itu menaikkan lagi kemarahan masyarakat apabila rakaman CCTV kejadian berkenaan tersebar di media sosial.

Suspek kelihatan mencuri masuk ke dalam kawasan psuat tahfiz itu sambil membawa tong gas. Menurut pihak polis, mereka juga menggunakan satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata jasad ditemui di dua kawasan berasingan di bangunan tersebut. Siasatan juga mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu.

Wajah anak-anak yang terkorban

Surat terakhir dari salah seorang anak kecil yang menjadi mangsa tragedi tersebut.

Warga twitter kembali mengenang persitiwa yang berlaku genap dua tahun itu, raat-rata mereka menzahirkan perasaan sebak dan masih tidak boleh melupakan insiden sadis yang menimpa anak-anak kecil berkenaan.

Tak pernah lupa, perasaan gembira bertukar sebak bila tahu tentang tragedi ini

Masih ingat aku pernah lalu depan pusat tahfiz tu, pandang je dah terdengar jeritan kanak-akank saat api menjilat tubuh mereka yang terperangkap

Dah dua tahun berlalu, rasa macam baru je berlaku

Tak boleh lupa suara-suara dalam video kebakaran tu

Pengajaran bagi kita sebenarnya bilamana Allah menarik sedikit demi sedikit Ulama. Fuqaha, Hafiz Hafizah dan Ilmuan Islam

‘Allah akan petik bunga yang indah dahulu’

Rujukan

Bernama. 2017. Dipetik dari Polis Sahkan Kesemua 24 Jasad Mangsa Tahfiz Rentung pada 13 September 2019

Khairulanuar Yahaya. 2017. Dipetik dari Kebakaran Tahfiz Sah Perbuatan Khianat, Enam Positif Dadah pada 13 September 2019

Sumber: Twitter