Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Genap Setahun Adib Pergi, Tunang Zahir Coretan Redha

17 Disember 2018, tarikh yang mengejutkan rakyat Malaysia dengan kepergian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Kassim.

Beliau terkorban ekoran daripada kecederaan yang dialami ketika rusuhan di sebuah kuil yang terletak di Subang Jaya.

Hari ini, genaplah setahun pemergian Adib yang menyentuh hati rata-rata rakyat Malaysia.

Ahli keluarga terdekat dan tunangnya, Nurul Najihah nyata bersedih ketika Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setahun sudah ianya berlalu, Nurul Najihah melalui laman Facebook miliknya berkongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar arwah Adib berserta luahan kerinduannya.

Menurut Nurul Najihah melalui perkongsiannya itu, perancangan Allah SWT kepada kita adalah yang paling terbaik.

Coretan itu nyata menzahirkan rasa redha dalam dirinya setelah setahun tunangnya itu pergi meninggalkan dirinya dan keluarga.

Nurul Najihah dan Adib dikatakan sepatutnya menamatkan zaman bujang mereka beberapa hari selepas Adib menghembuskan nafas terakhirnya.

Sumber: Nurul Najihah