Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gencatan Senjata: Trump Beri Amaran Kepada Israel Jangan Serang Iran

Azizah Najib
trump beri amaran israel
Kredit: AFP

Gencatan Senjata: Trump Beri Amaran Kepada Israel Jangan Serang Iran

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Israel pada Selasa agar tidak meneruskan serangan ke atas Iran, beberapa jam selepas beliau berkata gencatan senjata antara dua musuh ketat itu telah berkuat kuasa.

“Israel, jangan jatuhkan bom itu, jika kamu lakukannya, ia adalah pelanggaran besar. Bawa juruterbang kamu pulang sekarang,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.

Terdahulu, Trump memaklumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel telah berkuat kuasa.

Beliau berkata gencatan itu akan menjadi proses 24 jam secara berperingkat bermula pada Selasa, dengan Iran secara unilateral menghentikan semua operasi terlebih dahulu.

Menurutnya, Israel akan mengikut langkah itu 12 jam kemudian.

Dalam satu kiriman yang lain, beliau juga telah mengecam kedua-dua negara itu kerana melanggar gencatan senjata.

BACA: Iran Sedia Henti Tindakan Ketenteraan Jika Israel Hentikan Serangan – PM Anwar

“Kedua-dua negara telah berperang begitu lama dan begitu keras sehingga mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

“Iran memang melanggar gencatan senjata, tetapi Israel juga melanggarnya, jadi saya tidak senang hati dengan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita di luar Rumah Putih ketika dalam perjalanan ke sidang kemuncak NATO.

Trump nampaknya cuba memujuk sekutunya, Israel, untuk menamatkan serangan ke atas Iran susulan kemarahan global terhadap tindakan mereka.

Israel telah menyerang Iran sejak 13 Jun lalu dan AS menyertai serangan itu pada Jumaat yang menyasarkan kompleks Fordow .

Bercakap kepada pemberita di Rumah Putih, Trump menegaskan bahawa misi pengeboman AS itu berjaya.

“Saya fikir ia telah dirobohkan sepenuhnya,” katanya.

Sumber: AFP

BACA JUGA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya