Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Iran Sedia Henti Tindakan Ketenteraan Jika Israel Hentikan Serangan – PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa Iran menyatakan kesediaan untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Israel sekiranya rejim itu menghentikan serangan ke atas wilayah Palestin dan Iran.
Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menerusi perbualan telefon bersama Anwar sebentar tadi. Panggilan berkenaan diadakan berhubung situasi semasa konflik antara Iran dan Israel.
“Presiden Masoud mengesahkan bahawa Iran bersedia menghentikan tindakan ketenteraan dan menyambut perdamaian, dengan syarat bahawa Israel menghentikan serangan terhadap wilayah-wilayah kedaulatan Palestin dan Iran,” kata Anwar dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook sebentar tadi.
Menurut Anwar, Presiden Iran turut memohon beliau untuk menyampaikan pendirian tersebut kepada negara-negara Islam lain agar tidak terpengaruh dengan naratif berat sebelah serta memahami konteks sebenar tindak balas Iran.
“Tindakan ini melangkaui batas kemanusiaan dan prinsip undang-undang antarabangsa,” ujar beliau.
Malaysia, katanya, sejak awal kekal dengan pendirian bahawa keganasan bukan jalan penyelesaian. Namun, dalam kerangka keadilan sejagat, Malaysia mengiktiraf hak Iran untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencerobohan yang mencabuli kedaulatannya.
“Adalah munafik untuk dunia mengiktiraf kekuatan Israel tetapi menolak hak sah Iran untuk mempertahankan diri,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Malaysia turut menyambut baik komitmen Iran dalam mendapatkan jalan perdamaian bersama semua pihak, termasuk Amerika Syarikat dan Israel, selagi syarat keadilan dan kedaulatan dipenuhi.
“Malaysia percaya bahawa hanya melalui rundingan dan diplomasi, penyelesaian menyeluruh dapat dicapai sebagai usaha dan upaya mengelak pertembungan yang berpanjangan,” tambah Anwar.
Sumber: Anwar Ibrahim
BACA: Senarai Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Timur Tengah
BACA: Media Iran Lapor Gelombang Baharu Peluru Berpandu Dilancar Ke Arah Israel