Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Batal Serangan Ke Atas Iran Demi Rundingan Damai

Trump Batal Serangan
Kredit: AFP

Trump Batal Serangan Ke Atas Iran Demi Rundingan Damai

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, berkata pada Sabtu bahawa beliau membatalkan rancangan serangan ketenteraan terhadap Iran selepas Tehran dan “negara-negara lain di Asia Barat” meminta masa untuk memuktamadkan kerangka perjanjian damai, sambil mendakwa Israel turut menyertai komitmen berkenaan, lapor Anadolu Ajansi

Dalam satu hantaran di platform media sosial miliknya, Truth Social, Trump mendakwa semua pihak telah bersetuju dengan “perimeter” perjanjian yang berpotensi dicapai, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz secara serta-merta, sepenuhnya dan menyeluruh, selain menamatkan ancaman nuklear Iran.

Trump berkata beliau bersetuju membatalkan serangan itu “demi kepentingan masa depan dunia dan pada masa sama, kelangsungan sebuah Iran yang berjaya serta makmur”, sambil menambah bahawa keputusan tersebut tertakluk kepada kemampuan semua pihak untuk “mencapai perjanjian dengan segera”.

“AS berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya dan bersedia untuk bertindak terhadap Republik Islam Iran dengan tahap keganasan ketenteraan, kekuatan dan kuasa yang tidak pernah disaksikan sejak Perang Dunia Kedua,” tulis Trump.

Beliau berkata Israel juga bersetuju dengan komitmen untuk menangguhkan sebarang serangan.

“Mulakan usaha, semua pihak, dan selesaikannya.” katanya.

Intipati
  • Trump berkata serangan terhadap Iran dibatalkan selepas Tehran didakwa meminta masa untuk rundingan.
  • Beliau mendakwa semua pihak bersetuju dengan kerangka perjanjian berpotensi, termasuk Selat Hormuz.
  • Trump berkata Israel turut bersetuju menangguhkan serangan sementara usaha mencapai perjanjian diteruskan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan