Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Gila Mahal, Takleh Kurang Ke?”, Yuran Mengaji Cuma RM 50 Sebulan, Lelaki ‘Penat’ Layan “Parent” Ni Asyik Minta Diskaun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Membaca dan mendalami ilmu Al-quran merupakan ibadah yang dituntut untuk dilaksanakan oleh Umat Islam dan ia menjadi salah satu amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Jika tidak mahir, setiap orang digalakkan untuk mempelajari Al-quran secara bersemuka atau berhadapan dengan guru yang lebih arif.

Pun begitu, nampaknya bukan semua orang boleh menerima kenyataan bahawa guru mengaji juga merupakan ‘profesion’ yang perlu dibayar. Jangan disebabkan ia ilmu agama, kelangsungan hidup guru atau individu yang mengajar mengaji terus dipandang enteng.

Mereka juga berusaha untuk menjaga ‘periuk nasi’ sendiri dan menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular mengenai satu perkongsian yang dimuatnaik oleh Adam Hussin di Facebook. Menerusi perkongsian itu, Adam memuatnaik beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama seorang individu yang mahu menghantar anaknya belajar Al-quran.

Adam memberitahu kepada individu tersebut bahawa yuran bagi kelas mengaji yang dijalankan olehnya adalah sebanyak RM50 sebulan. Namun, reaksi individu tersebut menarik perhatian ramai kerana dia menganggap bahawa yuran tersebut terlalu mahal.

Tidak cuma itu, dia juga memohon agar Adam menerima bayaran seikhlas hati selain turut mengeluarkan kata-kata biadap.

“Malas mau cakap banyak, akukah yang diuji atau diakah yang diuji.

“Diakah yang kurang adab atau akukah yang kurang sabar.

“Yang pasti moga kita semua tidak berkira kira demi agama!

“Ya, mungkin inilah ujianku,” kata Adam menerusi kapsyen di Facebook.

Dihubungi SK, Adam yang kini berada di Sandakan berkata dia mula menjadi guru kelas mengaji sejak tahun 2016 dan mengajar orang dewasa dan kanak-kanak.

Tidak cuma itu, dia juga sering melakukan program infaq untuk membantu orang-orang yang memerlukan di sekitar Sandakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut dan mengatakan harga yuran itu sudah pun berpatutan.

Sumber: Adam Hussin