Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Golf Punya Pasal…”, Tunku Azizah Masuk Wad Kaki Tercedera Sampai Berbalut, Netizen Doa Agar Cepat Sembuh

Gambar: Instagram

Beruntung negara kita mempunyai raja permaisuri agong yang begitu berjiwa rakyat orangnya, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Boleh dikatakan, pasti ada sahaja cerita-cerita yang dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata.

Namun keceriaan Baginda Tunku Azizah kali ini seakan ‘terganggu’ sedikit apabila berlaku satu insiden kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.

Berdasarkan satu perkongsian ringkas di Instagramnya hari ini, Baginda Tunku Azizah memuat naik beberapa foto kakinya yang tercedera, dengan kapsyen ringkas ”Golf punya pasal…”.

Tangkap layar Instagram.

Berikut adalah foto-foto yang dikongsikan Baginda Tunku Azizah dalam hantaran tersebut.

Gambar: Instagram
Gambar: Instagram
Gambar: Instagram
Gambar: Instagram
Gambar: Instagram

Hantaran ringkas itu mendapat perhatian rakyat jelata hingga menerima kira-kira lebih 20,000 ‘likes’, bagaimanapun Baginda Tunku Azizah tidak menyatakan sebarang sebab kenapa insiden itu terjadi.

Rata-rata rakyat jelata menitipkan kata-kata semangat dan doa buat Baginda Tunku Azizah agar diberikan kesembuhan dengan segera.

Semoga Baginda Tunku Azizah diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Ameen.

Sumber: Instagram Tunku Azizah