Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Goodday Milk memperkenalkan The Goodday Milk Factory, destinasi komuniti baharu seluas lima ekar di Seksyen 13, Petaling Jaya. Ruang ini mengubah kawasan industri lama menjadi hab gaya hidup yang santai dan mesra komuniti, menggabungkan makanan, aktiviti kecergasan dan pengalaman sosial harian.
Direka untuk kegunaan sehari-hari, The Goodday Milk Factory menekankan pengalaman yang menyokong rutin harian dari senaman pagi, santapan santai, hingga perhimpunan petang dan hujung minggu bersama keluarga dan rakan.

Menurut Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd.,
“Kami percaya gaya hidup sihat harus mudah dan sebati dengan kehidupan harian. Dengan The Goodday Milk Factory, kami bawa falsafah ‘Where Good Days Come Together’ ke ruang fizikal yang nyata di mana makanan, minuman, keseronokan, kecergasan dan komuniti bertemu.”
Fitness & Aktiviti: Studio HYROX oleh Backyard Training, gelanggang Pickleball oleh The Backyard Pickleball.
Food & Minuman: Food hall menampilkan Nasi Lemak Burung Hantu, serta pilihan minuman Etika termasuk Goodday Milk, Pepsi dan Wonda.
Ruang Komuniti Fleksibel: Sesuai untuk acara komuniti, aktivasi jenama dan fungsi peribadi.
Untuk menyambut pembukaan, 1,500 pengunjung pertama menikmati Nasi Lemak Burung Hantu percuma dipadankan dengan Goodday Milk, sambil dihiburkan dengan pertunjukan tarian singa sempena Tahun Baru Cina.
Maklumat lanjut mengenai waktu operasi, aktiviti dan program komuniti boleh didapati di laman Instagram dan Facebook The Goodday Milk Factory.