KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 29 Oktober 2026 — Thule, peneraju dunia dalam produk gaya hidup aktif yang memudahkan pengguna membawa insan tersayang dan barangan penting dengan selamat, mudah dan bergaya, menganjurkan Thule Expo 2026 di JioSpace, Petaling Jaya.
Acara ini menghimpunkan 180 tetamu, termasuk 80 pengedar dari Asia Pasifik, rakan niaga tempatan serta wakil media, bagi mengukuhkan lagi kehadiran jenama terkenal dari Sweden itu di rantau ini. Tumpuan utama pameran eksklusif tahun ini ialah pengenalan produk terbaharu untuk kanak-kanak serta demonstrasi koleksi kerusi keselamatan kereta Thule, termasuk tiga model yang dinanti-nantikan: Thule Maple, Thule Elm dan Thule Palm.
Majlis berlangsung meriah dengan persembahan pengenalan produk serta demonstrasi yang membolehkan tetamu melihat sendiri bagaimana rangkaian produk Thule saling melengkapi untuk memudahkan ibu bapa mengurus rutin harian dan kekal aktif bersama anak-anak.
Naib Presiden Jualan Thule, Daniel Larsson, menyampaikan ucapan pembukaan dengan turut disertai wakil serantau. Pengurus Produk, Ahmad, pula mengendalikan demonstrasi yang menunjukkan betapa mudahnya kerusi keselamatan bayi dipindahkan dari kereta dan dipasang pada kereta sorong. Demonstrasi ini mengetengahkan keselesaan ergonomik, tahap keselamatan yang tinggi serta kemudahan penggunaan untuk keluarga masa kini.

Tiga model utama yang diperkenalkan
Thule Maple
Direka khusus untuk bayi baru lahir dan bayi kecil, Thule Maple menggabungkan ciri keselamatan canggih dengan penarafan keselamatan yang tinggi. Sudut kecondongannya boleh dilaraskan untuk keselesaan bayi, manakala keserasiannya dengan kereta sorong Thule memudahkan ibu bapa beralih dari perjalanan dengan kereta kepada aktiviti berjalan bersama si kecil.
Thule Elm
Thule Elm ialah kerusi keselamatan premium untuk kanak-kanak kecil yang boleh diputar 360°. Direka untuk memberikan perlindungan sepanjang tumbesaran anak, model ini membolehkan penggunaan dalam posisi menghadap belakang untuk tempoh yang lebih lama. Pilihan sudut kecondongan yang pelbagai turut membantu memastikan anak selesa dan memudahkan rutin harian ibu bapa.
Thule Palm
Berpegang pada prinsip bahawa keselesaan turut menyumbang kepada keselamatan, Thule Palm ialah kerusi penggalak (booster) bersandaran tinggi yang memenuhi piawaian i-Size. Model ini dilengkapi panduan laluan tali pinggang keledar yang mudah diikuti serta sistem ISOFIX untuk kestabilan. Reka bentuknya juga membolehkan sehingga tiga kerusi dipasang bersebelahan di tempat duduk belakang bagi pelbagai model kenderaan.
Peluang mencuba dan mengenali produk dengan lebih dekat
Selepas acara pelancaran utama, tetamu berpeluang meneroka dan mencuba sendiri produk yang dipamerkan di zon khas Active with Kids. Ruang ini menampilkan koleksi kerusi keselamatan kereta, podium pameran produk, sampel pilihan warna serta aksesori perjalanan untuk keluarga.

Majlis diakhiri dengan makan malam yang memberi peluang kepada tetamu untuk beramah mesra dan menjalin hubungan, dengan sajian turut disediakan secara langsung di stesen makanan. Sesi temu bual media pula diadakan di Concrete Room, membolehkan wakil media dan rakan niaga mendalami inovasi terbaharu Thule.
