Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Grab Bakal Beli Operasi Foodpanda Taiwan Bernilai USD600 Juta

Azizah Najib
grab beli foodpanda
Kredit: Bernama

Grab Bakal Beli Operasi Foodpanda Taiwan Bernilai USD600 Juta

Singapura - Syarikat berpangkalan di Singapura, Grab Holdings pada Isnin mengumumkan bakal membeli perniagaan foodpanda di Taiwan daripada syarikat induk Jerman, Delivery Hero dengan nilai USD600 juta (RM2.364 bilion) secara tunai.

Langkah berkenaan menandakan pengembangan pertama Grab di luar rantai Asia Tenggara, lapor AFP.

Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan, berkata pengambilalihan itu akan memperluaskan operasi syarikat ke pasaran baharu.

“Pengambilalihan ini akan menandakan pengembangan Grab ke Taiwan, pasaran kesembilan kami dan yang pertama di luar Asia Tenggara,” katanya.

Menurutnya, pengalaman Grab di bandar-bandar sibuk Asia Tenggara menjadikan Taiwan sebagai langkah seterusnya yang sesuai.

“Kepakaran lama kami dalam mengurus logistik penghantaran yang kompleks di bandar padat dan trafik tinggi sangat sesuai untuk Taiwan,” ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Grab memaklumkan syarikat berkenaan akan beroperasi di 21 bandar di Taiwan selepas urus niaga itu dijangka dimuktamadkan pada separuh kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Delivery Hero, Niklas Ostberg, berkata perjanjian itu merupakan langkah penting dalam strategi syarikat.

“Transaksi seperti ini merupakan usaha besar, namun kami gembira mencapai persetujuan tunai ini, yang mencerminkan kekuatan dan daya tarikan perniagaan di Taiwan,” ujarnya.

Osberg turut menjelaskan bahawa penjualan itu merupakan langkah awal dalam penilaian strategi syarikat.

“Pelupusan ini adalah langkah pertama paling penting dalam semakan strategi berterusan kami,” tambahnya.

Pada Disember 2024, Suruhanjaya Perdagangan Adil Taiwan telah menyekat usaha Uber untuk memperoleh perniagaan foodpanda milik Delivery Hero dengan nilai USD950 juta (RM3.743 bilion).

Keputusan itu dibuat kerana penggabungan berkenaan dijangka mewujudkan pegangan pasaran melebihi 90 peratus.

Ketika ini, Uber Eats merupakan antara pemain utama dalam perkhidmatan penghantaran makanan di Taiwan.

Sumber:AFP News