Grab Malaysia & Chef Wan 'Collab' Untuk Raikan Sajian Kegemaran Malaysia Sempena Merdeka
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini, Grab Malaysia berganding bahu dengan ikon kulinari Datuk Redzuawan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan untuk melancarkan kempen Grab x Merdeka 2026: Discover the Best of Malaysia.Berlangsung dari 17 Ogos hingga 17 September 2026, kempen ini meraikan segala yang terbaik dari tanahair kita, yang kini semuanya mudah ditemui dalam satu aplikasi.
Kempen ini mengetengahkan hidangan tempatan yang menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia. Daripada memulakan pagi dengan secawan kopi daripada ZUS Coffee atau menikmati sajian tempatan yang tidak lekang dek zaman daripada Oriental Kopi, kepada memenuhi keinginan menikmati teh boba di tengah hari dengan Tealive atau Beautea, menikmati hidangan segera daripada Marrybrown, hinggalah mendapatkan hasil segar tempatan yang dihantar daripada Jaya Grocer, Grab menghimpunkan jenama-jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia semuanya dalam satu aplikasi.
Sebagai duta kempen ini, Chef Wan mengetengahkan sentuhan tersendiri serta kecintaan mendalam beliau terhadap gastronomi Malaysia, sambil mengangkat kepelbagaian dan kemeriahan sajian tempatan serta meraikan jenama tempatan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia setiap hari.
“Grab berbangga menjadi penghubung yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia, daripada menghantar kopi untuk sarapan, menawarkan Group Rides ke Pasar Seni, hinggalah memudahkan urusan pembelian barangan dapur pada saat-saat akhir sebelum menyediakan makan malam untuk keluarga,” kata Tan Jiong Jian, Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia.
“Sempena Merdeka ini, kami mengembangkan lagi hubungan ini dengan membawakan ikon seperti Chef Wan untuk berkerjasama dengan jenama tempatan kegemaran rakyat Malaysia, bagi meraikan segala yang terbaik dari Malaysia dengan sentuhan yang tulus, ceria dan dekat di hati.”

Menambahkan lagi kemeriahan sambutan, rakyat Malaysia boleh meneroka destinasi tempatan dan berpeluang memenangi sebahagian daripada kredit penerbangan berjumlah RM100,000 menerusi peraduan Cuba-Cuba Lokal, Cuti-Cuti Lokal dengan menggunakan kod promosi MERDEKA di GrabFood, GrabMart atau menaiki Grab.
Selain peraduan ini, Grab turut menawarkan pelbagai promosi sempena Merdeka di seluruh aplikasi, termasuk tawaran Dine Out, diskaun restoran dan penjimatan di GrabMart. Ini memudahkan rakyat Malaysia menyokong peniaga tempatan sambil menikmati hidangan kegemaran daripada jenama tempatan.
Melengkapkan lagi kemeriahan sambutan Merdeka, para pencinta makanan yang ingin meneroka lebih banyak pilihan boleh merujuk kepada Panduan Makanan Grab 5-Star Eats. Disokong oleh jutaan ulasan tulen daripada pelanggan dan dibangunkan dengan kerjasama Tourism Malaysia, panduan ini membantu penduduk tempatan dan pelancong menemui dengan mudah pilihan kulinari yang dipercayai dan mendapat penilaian tinggi di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Grab x Merdeka 2026: Discover the Best of Malaysia dan peraduan Cuba-Cuba Lokal, Cuti-Cuti Lokal, sila layari https://www.grab.com/my/merdeka-2026/
Semua hadiah, penebusan dan penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat kempen yang ditetapkan.
