Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Guna 3 Bahan Je, Ini Resipi Biskut "Kunafa Dubai Chocolate Cuppies"
Sejak kebelakangan ini, kunafa telah menjadi antara pencuci mulut yang popular dalam kalangan pencinta makanan manis.
Teksturnya yang rangup serta rasa lemak manis membuatkan ia digemari ramai.
Populariti kunafa juga telah membuatkan ramai yang mula bereksperimen dengan pelbagai variasi resipi bagi memberikan kelainan pada hidangan tersebut.
Ada yang menggabungkannya dengan coklat, krim dan pelbagai jenis inti lain untuk menghasilkan pencuci mulut yang lebih menarik.
Jika anda ingin mencuba sesuatu yang mudah tetapi tetap sedap, resipi biskut "kunafa Dubai chocolate cuppies" ini boleh dijadikan pilihan.
Untuk makluman pembaca, resipi ini diambil daripada pengguna akaun @moeirajohnson di TikTok.
Menurut @moeirajohnson, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan biskut ini cukup mudah.
Pertama sekali, anda memerlukan 250 gram kunafa yang telah dipanggang rangup.
Difahamkan, anda boleh mendapatkan kunafa ini di pasaran atau secara dalam talian.

Seterusnya, anda perlu dua sudu besar pistachio spread.
Selain itu, sediakan juga acuan cawan kertas bersaiz kecil yang sesuai digunakan untuk membentuk biskut tersebut.
Akhir sekali, sediakan juga coklat susu secukupnya mengikut citarasa.
Menurut @moeirajohnson, mula-mula cairkan coklat susu menggunakan teknik double boiling sehingga coklat benar-benar cair.
Setelah itu, tuangkan coklat cair ke dalam acuan cawan kertas dan ratakan sehingga coklat meliputi bahagian dasar serta keliling dalam acuan tersebut. Ketepikan seketika dan biarkan coklat mengeras.
Sementara menunggu coklat mengeras, masukkan kunafa yang telah dipanggang ke dalam sebuah mangkuk.
Tambahkan dua sudu besar pistachio spread, kemudian gaulkan sebati sehingga kunafa disaluti spread dan teksturnya menjadi sedikit pekat.

Selepas itu, masukkan campuran kunafa tersebut ke dalam acuan cawan yang telah dilapisi coklat tadi sehingga penuh. Tekan perlahan-lahan supaya kunafa menjadi lebih padat di dalam acuan.
Akhir sekali, tuangkan lagi coklat susu cair di bahagian atas untuk menutup lapisan kunafa tersebut dan ratakan permukaannya.
Biarkan coklat mengeras sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan.
Setelah siap, hidangan ini sedia untuk dihidangkan dengan tekstur coklat yang lembut di luar dan rangup di bahagian dalam.