Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guna Buah 'Ini' Je, Pakcik Kongsi Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Athirah
Hilangkan “Watermark”
Kredit: @basriii53

Guna Buah 'Ini' Je, Pakcik Kongsi Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Kereta sememangnya sebuah kenderaan mudah alih yang paling popular. Ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada dalam hujan mahupun cuaca yang panas terik.

Tambahan lagi, kereta juga mempunyai pelbagai pilihan jenama dan mesra keluarga. Oleh itu, kereta dapat memuatkan ramai orang dan barangan untuk dibawa.

Bagaimanapun, ia perlu sentiasa dijaga bagi kekal berada dalam keadaan baik.

Antara bahagian kereta yang mudah terdedah dengan kotoran dan calar adalah cermin kereta.

Penggunaan kereta dalam tempoh yang lama akan meninggalkan kesan watermark pada cermin kereta. Bagi pemilik kereta, sudah tentu ia boleh menjejaskan pemanduan.

Selain itu, ia menampakkan kenderaan anda kelihatan kusam dan tidak terus. Jika tidak dicuci dengan cara yang betul, kesan watermark masih kelihatan jelas pada cermin.

Mujurlah, pemilik akaun TikTok ini mempunyai solusi untuk masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kenderaan di luar sana.

Guna satu bahan je untuk hilangkan "watermark"

Menerusi video yang dikongsikan oleh @basriii53, beliau pada awalnya memperlihatkan dua perbandingan berbeza selepas membersihkan separuh cermin keretanya menggunakan kulit nanas yang telah dikisar.

Cermin yang tidak dibersihkan menggunakan kulit nanas menunjukkan kesan titisan air apabila disembur dengan air oleh beliau.

Menurut @basriii53, kulit nanas dikisar terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kain dan diikat kemas seperti bentuk 'bunjut'.

Beliau memicit kain sambil menggosok cermin supaya air daripada kulit nanas yang telah dikisar dapat keluar dan membantu membersihkan permukaan cermin.

Selepas selesai menggosok, beliau membasuh cermin tersebut dan memperlihatkan hasilnya yang sangat menakjubkan, sekali gus menonjolkan keberkesanan kaedah pembersihan menggunakan kulit nanas.

Video tersebut memberi manfaat kepada para penonton

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

"Saya guna kulit durian. Alhamdullilah dapat cermin baru," gurau seorang warga maya.

"Semoga setiap kali pakcik lalui lampu isyarat, ia sentiasa menunjukkan hijau. Semoga rezeki pakcik murah, sentiasa sihat dan diberkati atas usaha pakcik berkongsi tip berguna ini," komen seorang lagi warga maya.

Anda juga boleh menonton video daripada @basriii53 di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.

Sumber:@basriii53