Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Media Iran Sahkan Ali Khamenei Terbunuh Dalam Serangan Israel, AS
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).
AFP melaporkan perkara tersebut disahkan stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran beberapa jam selepas Trump mengumumkan kematian pemimpin berusia 86 tahun itu.
Serangan tersebut berlaku beberapa minggu selepas pihak berkuasa Iran menumpaskan protes besar-besaran yang mengorbankan ribuan nyawa.
Letupan kuat sekali lagi menggema di Tehran pada awal pagi Ahad, manakala Trump berikrar tidak akan menghentikan serangan sehingga republik Islam itu tumbang dan menggesa pasukan keselamatan berundur.
"Ini adalah peluang paling besar bagi rakyat Iran untuk mengambil kembali negara mereka," kata Trump dalam kenyataan rasmi.
Iran membalas serangan itu dengan peluru berpandu dan serangan dron di seluruh Timur Tengah, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang di Abu Dhabi dan seorang di Tel Aviv ketika letupan menggegarkan bandar-bandar utama monarki Arab Teluk.
Tentera Israel memaklumkan bahawa Ali Shamkhani, penasihat kanan Khamenei dan Jeneral Mohammad Pakpour, Ketua Pengawal Revolusi Iran turut dilaporkan terkorban.
Media Iran juga melaporkan bahawa anak perempuan, menantu lelaki dan cucu Khamenei maut dalam serangan itu.
Ali Larijani, Ketua Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi Iran yang terselamat, berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang kuasa asing.
"Para tentera berani dan bangsa besar Iran akan memberi pengajaran yang tidak dapat dilupakan kepada penindas antarabangsa," katanya.