Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gunung Semeru Rekod 45 Gegaran Dalam 6 Jam

Iqbal Yasir
gunung semeru gegeran 45 6 jam
Gambar: Antara

Gunung Semeru Rekod 45 Gegaran Dalam 6 Jam

LUMAJANG — Gunung Semeru Catat 45 Kali Gegaran Dalam 6 Jam mengalami 45 kali gegaran letusan dalam tempoh 6 jam pada Jumaat antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi Jumaat waktu tempatan., lapor Kompas.

Menurut Pegawai Pos Pemantauan Gunung Semeru, Rudra Wibowo, gegaran letusan akibat gunung itu mempunyai amplitud 10–22 mm dengan tempoh antara 58–184 saat.

Tambahnya, hasil tinjauan mendapati keadaan pemandangan di sekitar gunung berkenaan diliputi kabus tahap 0–III tanpa asap kawah dilihat.

Malah, cuaca juga dilaporkan mendung, membawa hujan dan angin lemah ke arah tenggara.

Beliau memaklumkan status Gunung Semeru Masih kekal pada Tahap IV (Awas).

Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) turut mengeluarkan beberapa langkah keselamatan.

“Antaranya masyarakat dilarang melakukan sebarang aktiviti di kawasan tenggara sepanjang Besuk Kebokan, dalam radius 20 km dari puncak (pusat letusan).

“Selain penduduk tidak dibenarkan berada dalam jarak 500 meter dari tebing sungai Kobokan di luar radius disebabkan risiko awan panas dan aliran lahar.

“Sebarang aktiviti dalam radius 8 kilometer dari kawah gunung juga dilarang kerana risiko terkena lontaran batu pijar,” maklum PVMBG.

Sehubungan itu, penduduk tempatan dinasihatkan berwaspada terhadap risiko awan panas, guguran lava dan aliran lahar disepanjang sungai dan lembah gunung itu.

Sementara itu, dalam rakaman yang dikongsikan media tempatan turut memaparkan sebahagian penduduk hanya mampu menatap penuh pilu kediaman mereka yang musnah selepas kembali semula ke kawasan itu.

Pada petang 19 November lalu, Gunung Semeru, gunung berapi tertinggi di Indonesia dan antara yang paling aktif, dilapor meletus.

Letusan itu mengakibatkan kepulan abu tebal tinggi di ruang udara Jawa Timur serta mencetuskan aliran piroklas yang bergerak pantas sejauh beberapa kilometer menuruni lerengnya.

Untuk makluman, Gunung Semeru, terletak di kawasan padat penduduk di Jawa, merupakan puncak tertinggi di Indonesia pada ketinggian 3,676 meter.

Ia berada dalam Lingkaran Api Pasifik, zon seismik aktif yang sering mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Sumber: Kompas

BACA: Gunung Semeru Meletus: Ratusan Pendaki Terkandas, Darurat 7 Hari Diisytihar

BACA: Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak ‘Tuntut’ Durian Sebagai Buah Kebangsaan