Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Guru Besar, Isteri Ditemukan Maut Dengan Kesan Kecederaan Serius Di Sri Aman

Sofea
guru besar isteri maut
Kredit: Bernama

Guru Besar, Isteri Ditemukan Maut Dengan Kesan Kecederaan Serius Di Sri Aman

KUCHING, 14 Jan (Bernama) — Seorang guru besar sekolah rendah di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun di sini pada awal pagi tadi dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius pada 6.55 pagi.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Pasport Malaysia Ke-9 Paling Berkuasa Dunia

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Kalang di talian 019-331 7785 atau pusat kawalan daerah IPD Sri Aman atau balai polis berdekatan.

Sumber: BERNAMA