Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA TERENGGANU, 17 Julai (Bernama) — Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Marang dekat sini, yang direman selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya hingga patah kaki, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan telah merekodkan semua keterangan daripada guru lelaki itu.
“Bahan bukti juga sudah kita kumpul dan kertas siasatan kita akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya, jadi tak perlu lagi untuk kita reman guru tersebut,” katanya.
Sebelum ini, ibu kepada seorang murid lelaki berusia sembilan tahun mendakwa kaki kanan anaknya patah selepas dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru KAFA sewaktu sesi pengajaran, 6 Julai lepas.
Kejadian itu dikatakan berlaku kerana guru KAFA tersebut berang dengan perlakuan murid Tahun Tiga berkenaan di dalam kelas.
Terdahulu, guru berkenaan direman selama tiga hari selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya sehingga patah kaki.
Menurut laporan Bernama sebelum ini, perintah reman terhadap lelaki itu yang bermula sejak dua hari lalu hingga hari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata, perintah reman tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Imbas kembali, seorang murid lelaki berusia sembilan tahun dilapor patah kaki kanannya selepas didakwa dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru KAFA sewaktu sesi pengajaran pada 6 Julai lepas.
Kejadian itu dikatakan dilakukan kerana guru KAFA tersebut berang dengan perlakuan murid Tahun Tiga berkenaan di dalam kelas.
Sumber: BERNAMA