Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru Meninggal Dunia Di Sekolah, JPN Selangor Beri Kerjasama Penuh Terhadap Siasatan

Guru Meninggal Dunia
Kredit: JPN Selangor

Guru Meninggal Dunia Di Sekolah, JPN Selangor Beri Kerjasama Penuh Terhadap Siasatan

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan susulan kematian seorang guru di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, JPN Selangor menzahirkan ucapan takziah dan berdukacita atas pemergian guru tersebut.

"Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak polis, JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan.

"Tumpuan utama JPN Selangor pada ketika ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik untuk keluarga.

"Pada masa yang sama, khidmat sokongan psikososial turut dilaksanakan khusus untuk membantu warga sekolah yang terjejas," katanya.

Tambah jabatan itu lagi, masyarakat diseru untuk menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang turut boleh menganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

"Semoga keluarga diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini," ujarnya.

Intipati
  • JPN Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis susulan kematian seorang guru.
  • Jabatan itu berkata bantuan terbaik sedang diutamakan untuk keluarga guru berkenaan.
  • Sokongan psikososial turut dilaksanakan bagi membantu warga sekolah yang terjejas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan