Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024
Sumber: Bernama

Guru Sabah Menang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024

Hannah

Guru Sabah Menang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024

KOTA KINABALU, 26 Mei (Bernama) — Seorang guru bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau Sydney Engelbert dari etnik Kadazandusun, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024.

Sydney, 30, dari Kampung Kiawayan di Tambunan, sebuah kawasan luar bandar di Sabah, muncul sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024 daripada sejumlah 14,800 calon dari lebih 140 negara.

“Saya sangat bersyukur. Saya tidak pernah terfikir untuk dipilih sebagai pemenang, kerana pencalonan lain semuanya hebat dan saya benar-benar berbesar hati untuk dicalonkan dalam kalangan mereka.

“Namun, dengan sokongan penuh yang saya terima daripada keluarga, rakan, rakan sekerja dan pelajar saya, ia menyedarkan saya bahawa saya tidak bersendirian dalam perkara ini, walaupun ia boleh menjadi suatu perjalanan yang mencabar,” kata Sydney dipetik sebagai berkata di laman sesawang https://dedicatedteacher.cambridge.org/.

Sydney, pemegang ijazah sarjana muda dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), mendapat inspirasi daripada kedua ibu bapanya, yang juga guru, untuk mendalami profesion perguruan.

BACA: Masters Malaysia: Soon Huat, Shevon Juara Beregu Campuran, Bawa Pulang RM156 Ribu

Sydney mula mengajar pada 2019, dan beliau belajar untuk menangani keupayaan terhad pelajarnya menerusi melalui pelbagai gabungan aktiviti seni dan bahasa.

“Kedua-dua ibu bapa saya adalah guru dan saya membesar dengan melihat bagaimana mereka berjaya membantu dan memberikan inspirasi kepada banyak kehidupan, sepanjang kerjaya mereka.

“Walaupun menerima anugerah dan pengiktirafan atas perkhidmatan mereka sejak sekian lama, ibu bapa saya sering mengatakan bahawa perkara yang paling membanggakan menjadi seorang guru adalah apabila bekas pelajar, masih mengingati dan menghormati mereka.

“Ramai bekas pelajar masih mengingati mereka sebagai guru mereka. Itulah yang membuatkan saya menceburi profesion ini,” katanya.

Pada tahun 2022, beliau merintis program kelas pertukaran secara dalam talian bersama beberapa sekolah vokasional di Asia Tenggara, dengan setiap kitaran program berlangsung selama tiga bulan dan dalam tempoh dua tahun, program itu telah memberi manfaat secara langsung kepada hampir 400 pelajar dan 50 guru dari semua sekolah yang mengambil bahagian.

Dia juga memainkan peranan aktif dalam program pengantarabangsaan lain seperti menjadi tuan rumah kepada pelajar luar negara di sekolahnya.

Sydney ialah guru kedua memenangi anugerah berprestij itu selepas Khalifa Affnan, juga dari Kolej Vokasional Keningau, memenanginya pada 2022.

BACA JUGA: Suami Isteri Cedera, Motosikal Dilanggar Pemandu Mabuk

Sumber: BERNAMA