Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

GWM Perkenal 2 Varian Hibrid Baharu

Azmil
Gwm hibrid baharu

GWM Perkenal 2 Varian Hibrid Baharu

Great Wall Motor Malaysia (GWM) membuka tirai Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) dengan perkenalkan dua varian baharu.

Dua varian tersebut iaitu ORA 5 HEV dan Haval H7 Hi4 PHEV telah membuktikan GWM memegang falsafah yakni memenuhi permintaan rakyat Malaysia.

GWM Ada Dua Hibrid Baharu

ORA 5 HEV

Model ini adalah crossover kompak yang dikuasakan dengan sistem hibrid pintar yang baharu dari GWM menerusi teknologi Hi2.

H bermaksud Hibrid, i bermaksud pintar dan 2 bermaksud sistem ini bawa dua manfaat utama iatu kecekapan bahan api dan prestasi yang cemerlang.

Kuasa maksimum 223PS dan tork 476 Nm, ORA 5 HEV mampu pecut 0-100km/j dalam masa 7.7 saat serta mengekalkan penggunaan bahan api pada kadar 4.4L/ 100km.

Haval H7 Hi4 PHEV

Bagi model SUV off-road ini pula, Haval H7 PHEV menghasilkan kuasa maksimum 370PS dan tork 750Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.2 saat sahaja serta jarak pemanduan gabungan mampu mencecah 1,000km.

Dalam mod EV pula kereta ini boleh bergerak sejauh 150km (CLTC), ini menunjukkan model ini sesuai untuk keluarga yang suka berjalan jauh.

Jangan lupa datang ramai-ramai ke KLIMS 2026 yang diadakan di MITEC KL dari 12 hingga 21 Jun.

Tiket RM30 untuk dewasa, RM15 untuk warga emas dan OKU, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma.

Maklumat lanjut layari KLIMS sekarang.