Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HABIB Kongsi Ilmu Berlian, Bantu Pelanggan Buat Pilihan Dengan Lebih Yakin

HABIB menerusi kempen sepanjang September 2026 kini memberi tumpuan kepada pendidikan berlian bagi membantu pelanggan memahami ciri, kualiti dan faktor penting sebelum membuat pilihan.

Kempen yang berlangsung di semua bilik pameran HABIB di seluruh Malaysia itu memberi penekanan kepada 4C berlian, iaitu cut (potongan), colour (warna), clarity (kejernihan) dan carat (berat).

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, pemilihan berlian bukan sekadar bergantung kepada saiz atau berat karat, sebaliknya setiap ciri memainkan peranan dalam menentukan penampilan dan keunikan sesebuah berlian.

Beliau turut memperkenalkan satu lagi elemen penting dalam memilih berlian, iaitu “Confidence”, dengan pengetahuan yang mencukupi membolehkan pelanggan membuat keputusan berdasarkan cita rasa dan keperluan mereka sendiri.

HABIB turut menawarkan berlian Hearts & Arrows bagi pelanggan yang mencari ketepatan potongan tinggi. Berlian ini menampilkan corak lapan bentuk hati apabila dilihat dari bahagian bawah dan lapan anak panah apabila dilihat dari bahagian atas, mencerminkan ketepatan serta simetri potongannya.

Selain 4C, pelanggan juga boleh mendapatkan panduan berkaitan bentuk berlian, reka bentuk barang kemas serta jenis logam yang sesuai untuk menyerlahkan penampilan berlian.

HABIB turut menekankan kepentingan sumber berlian yang bertanggungjawab, dengan rantaian bekalannya selaras dengan Kimberley Process, iaitu rangka kerja antarabangsa bagi membantu mencegah berlian konflik daripada memasuki pasaran global.

Sepanjang kempen, pakar berlian HABIB akan berkongsi ilmu menerusi kandungan digital, siaran langsung media sosial dan sesi konsultasi di bilik pameran bagi membantu pelanggan membuat pilihan dengan lebih berpengetahuan dan yakin.