Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HABIB Raikan Seni Pertukangan Itali Menerusi Festa D'Oro 2026

HABIB

HABIB Raikan Seni Pertukangan Itali Menerusi Festa D'Oro 2026

HABIB menjemput pencinta barangan kemas untuk menghayati seni pertukangan Itali menerusi Kempen Festa D’Oro, bermula hari ini hingga 30 Julai 2026 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara. 

Terkenal di seluruh dunia dengan ketukangan yang luar biasa, reka bentuk inovatif dan seni yang sentiasa relevan, barangan kemas Itali ini telah lama menjadi penanda aras bagi keanggunan dan kualiti.

Berinspirasikan warisan ini, koleksi Oro italia 916 menggabungkan kemewahan emas 916 dengan reka bentuk kontemporari Itali, dimana ketelitian pertukangan, dan teknik kemasan yang rumit disatukan untuk menghasilkan barangan kemas yang unik dan versatil. 

“Di HABIB, kami komited untuk menawarkan koleksi barangan kemas yang melambangkan ketukangan luar biasa, reka bentuk yang sentiasa relevan dan nilai yang berkekalan kepada pelanggan kami. Kempen Festa D’Oro mencerminkan komitmen ini dengan meraikan seni pertukangan barangan kemas Itali sambil menggabungkan keindahan emas 916 dalam rekaan yang menepati cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia."

"Menerusi Oro Italia 916, kami terus memperkenalkan koleksi yang menggabungkan kecemerlangan reka bentuk antarabangsa dengan kualiti serta kepercayaan yang telah dibina HABIB sejak turun-temurun. Kami berharap kempen ini memberi peluang kepada pelanggan yang bukan sahaja menghargai keindahan rekaan berinspirasikan Itali, malah memahami ketukangan, inovasi dan perhatian terhadap setiap perincian yang menjadikan setiap barangan kemas begitu istimewa,” kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB. 

Menerusi Kempen Festa D’Oro, HABIB meraikan legasi berterusan ini dengan mempersembahkan koleksi koleksi yang menampilkan kreativiti, ketepatan dan keunggulan yang sinonim dengan seni pertukangan Itali.

Koleksi ikonik Cavo, yang menjadi manifestasi kehalusan seni pertukangan Oro Italia 916, menerusi reka bentuk berinspirasikan lilitan tali yang dihasilkan dengan penuh teliti. Tersedia dalam variasi emas kuning, emas putih, dan emas ros, Cavo telah menjadi antara koleksi HABIB yang paling dikenali kerana keindahannya yang sentiasa relevan.

Melengkapkan koleksi ikonik ini adalah Black Cavo, yang menampilkan elemen moden menerusi teknik penyaduran black rhodium yang canggih. Kemasan inovatif ini mentransformasikan reka bentuk ikonik Cavo menjadi satu pernyataan gaya yang lebih menonjol, dan mencerminkan komitmen Oro Italia 916 dalam memperkasakan seni pertukangan Itali sambil mengekalkan warisan reka bentuknya yang klasik.

Diilhamkan dari Pulau Sicily di Itali, koleksi Sicilia menggambarkan kontras mempesonakan antara pesisir pantai Mediterranean dan warisan seni bina pulau tersebut.

Seiring dengan evolusinya, koleksi ini memperkenalkan rekaan baharu yang berkilauan dengan gabungan harmoni permukaan berkilat (high polished) dan kemasan seakan berlian (diamond-like finish), yang menghasilkan permainan tekstur, dimensi dan kilauan yang sofistikated, sekaligus mencerminkan kehalusan seni pertukangan Itali.

Berinspirasikan dengan langit malam Itali, koleksi Beads Planet memperkenalkan evolusi terbaharunya menerusi manik berbentuk bujur yang dihasilkan sepenuhnya secara buatan tangan, memberikan interpretasi baharu kepada reka bentuk manik bulat yang menjadi identiti buat koleksi ini.

Dihasilkan dengan penuh teliti oleh artisan Itali, siluet bujur yang baharu ibi menawarkan dimensi yang lebih elegan dan kentemporari tanpa menjejaskan versatiliti koleksi tersebut.

Ditawarkan dalam pilihan emas kunih sepenuhnya, emas putih sepenuhnya, dan dwi-warna, koleksi ini memenuhi cita rasa mereka yang mengutamakan keanggunan sederhana dan kemewahan moden untuk digayakan setiap hari.

Kempen ini juga turut mengetengahkan koleksi Stella, yang menampilkan rekaan lebih lebar dan menarik bagi menghasilkan penampilan yang menonjol, namun kekal elegan dan selesa digayakan.

Dikenali menerusi kemasan diamond cut, setiap rekaan dihasilkan dengan teliti yang dapat memantulkan cahaya secara maksimum, sekaligus menyerlahkan kilauan emas yang mempersona. Direka khas untuk mereka yang menghargai keanggunan abadi, Stella menyatukan reka bentuk kontemporari dengan pesona yang berkekalan.

Koleksi baharu, Valora.

Turut membuat penampilan sulung pada tahun ini ialah koleksi baharu Valora, yang diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Mengambil inspirasi daripada ketahanan pokok buluh, koleksi ini menampilkan siluet yang anggun serta perincian halus yang melambangkan keseimbangan sempurna antara kekuatan dan keanggunan.

Direka dengan penuh teliti untuk wanita moden, Valora mencerminkan sofistikasi yang bersahaja sambil meraikan seni dan inovasi reka bentuk barangan kemas Itali. 

Bagi meraikan pertukangan halus koleksi Oro Italia 916, HABIB membawa rakan kerjasama Oro Italia 916 dari Itali iaitu Paolo, Damiano dan Giovanni untuk siri penampilan eksklusif serta sesi perkongsian istimewa.

Para pelanggan dan tetamu jemputan berpeluang memperoleh pemahaman secara langsung mengenai ketukangan, warisan dan falsafah reka bentuk disebalik setiap koleksi, sekaligus membawa kisah seni pembuatan barangan kemas Itali terus dari negara asalnya. 

Selain menawarkan ketukangan yang luar biasa, HABIB turut komited memastikan pelanggan dapat menikmati keindahan barangan kemas Oro Italia 916 untuk jangka masa panjang melalui perkongsian panduan penjagaan dan penyimpanan yang praktikal.

Dengan penjagaan yang rapi, setiap koleksi mampu mengekalkan seri dan keindahannya, sekaligus menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.habibjewels.com atau ikuti media sosial rasmi HABIB untuk mendapatkan perkembangan terkini.