Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
barber nama ibu bapa

Hajat Rasmi Pembukaan Tak Kesampaian, Barber Namakan Kedai “Manros” Sempena Nama Ibu Bapa

Iqbal Yasir

Hajat Rasmi Pembukaan Tak Kesampaian, Barber Namakan Kedai “Manros” Sempena Nama Ibu Bapa

Mungkin ramai yang menganggap kedai gunting rambut ini hanya sekadar RnR atau tempat persinggahan untuk kaum lelaki. Yang mana objektifnya adalah untuk “touch up” kembali rambut menjadi kemas sesuai keinginan.

Berbeza pula bagi kaum wanita di mana kedai ini atau lebih dikenali sebagai salon merupakan pusat kecantikan buat mereka kerana bukan sekadar mendapatkan potongan rambut, malah juga ia menawarkan rawatan muka, potongan kuku, urutan badan dan banyak lagi.

Jadi tidak hairan mengapa industri kedai gunting rambut lelaki jauh lebih suram jika nak dibandingkan dengan golongan wanita.

Malah ada juga sebahagian lelaki lebih gemar dan memilih untuk memotong rambut di kedai salon kerana servis yang lebih baik.

Bagaimanapun, perubahan zaman pesat menyaksikan gaya rambut bagi kaum lelaki dilihat sebagai satu “aset” penting penampilan dalam menjalani rutin harian. Malah ia dapat menambahkan lagi keyakinan diri di khalayak ramai.

Wan Hazman Wan Mansor, 26, yang menyedari perubahan itu, melihat industri kedai gunting rambut lelaki ini sebagai satu lubuk rezeki buatnya selain mengangkat dunia maskulin menuju ke arah yang lebih tinggi.

Ikuti perkongsian Wan Hazman dalam segmen khas Ini Kisah Aku yang dibawakan oleh Siakap Keli.

Wan Hazman atau lebih mesra di sapa Aman mengakui jejaka di luar sana juga memerlukan penjagaan rambut yang rapi sepertimana kaum wanita perolehi.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai gunting rambut, Manros Hairstudio yang bertapak di Cyberjaya, Selangor.

Meniti perjalanan hidup sebagai seorang tukang gunting

Bermula dengan hanya menggunting rambut sendiri, rakan-rakan sewaktu di Kolej, menimba pengalaman di kedai gunting rambut sehinggalah mempunyai sebuah kedai sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.

BACA: “Kalau Tak Sabar Memang Gulung Tikar,” Tauke Tumez Cerita Pernah Dapat Untung RM1 Je

Namun ia tidak mematahkan semangat anak keempat dari lima adik-beradik ini untuk meneruskan kerjayanya kerana minat.

Selepas menamatkan pengajian, Aman terus “terjun” dalam industri ini dengan bekerja sebagai tukang gunting di sebuah kedai di Terengganu.

Kongsi Aman lagi, dengan hanya bermodalkan RM1,000, dia nekad membuka sebuah kedai kedai gunting rambut di Melaka bersama rakan kongsi, iaitu rakannya sendiri.

Bagaimanapun, sewaktu di Melaka pada 2017, dia menjelaskan hanya bekerja makan gaji dan tidur di dalam kedai selama setahun lebih sebelum kedai ditutup akibat pandemik dan beralih ke negeri Selangor.

Pada 2021, Aman selamat mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun ketika itu, isterinya berhenti kerja menjadikan keadaan ekonomi bertambah parah.

Berbekalkan pengalaman sebagai barber, Aman dan isteri memutuskan untuk menjalankan perniagaan salon dari rumah ke rumah di sekitar Lembah Klang.

Seperti rezeki yang telah tertulis oleh-Nya, bapa seorang anak itu berhasil membuka sebuah kedai gunting rambut di Cyberjaya pada Mac tahun lalu.

Cabaran seorang barber

Sepanjang bergelar tukang gunting, Aman berkongsi pelbagai cabaran yang pernah dilaluinya termasuk melayani karenah pelanggan.

“Disebabkan saya hanya belajar sendiri dan tidak mengambil mana-mana kelas gunting rambut, kadang-kadang pelanggan minta style (potongan rambut) apa yang saya tak boleh bagi, pelanggan tak berpuas hati, tersalah potong rambut dan banyak lagi,” katanya.

Ahli keluarga tidak setuju

Bukan itu sahaja, Aman yang juga merupakan lulusan jurusan pembinaan mengakui mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga berikutan industri yang dipilih ini jauh menyimpang dengan apa yang telah dipelajarinya.

Namun, Aman mahu membuktikan bahawa bekerja sebagai tukang gunting rambut juga mempunyai masa depan yang sama seperti bidang lain.

Kisah disebalik pembukaan Manros Hairstudio

Sewaktu hari pembukaan kedai, Aman dikejutkan berita ibunya yang dimasukkan ke hospital di Kuantan.

“Masa tu saya rasa down, sebab saya nak buka kedai ni pun mak saya yang bagi semangat untuk buka kedai ni,” ujarnya.

Tambahnya, impian untuk membawa ibu dan ayahnya merasmikan pembukaan kedai tidak kesampaian apabila ibunya meninggal dunia seminggu kemudian.

Uniknya Manros Hairstudio ini, namanya diilhamkan daripada gabungan nama kedua ibu bapanya sendiri iaitu Mansor (Man) dan Rosnah (Ros).

Ia sedikit sebanyak memberikan kekuatan buatnya untuk meneruskan pekerjaan ini dengan nama ibu dan ayahnya yang diabadikan dalam punca rezeki halal.

BACA JUGA: Ayah Sarung Maskot, Jadi Penghibur Jalanan Cari Duit “Extra” Sara Keluarga

Jelasnya, pembukaan Manros Hairstudio ini mengajarnya banyak perkara termasuk bermula dari bawah hingga memiliki sebuah kedai gunting rambut.

“Harapan saya dalam visi adalah untuk menjadikan Manros Hairstudio ini sebagai Hair Studio lelaki pertama di Cyberjaya menjelang tahun 2026.

“Dan menjelang 2030, saya berharap kedai ini dapat memiliki tiga cawangan di Lembah Klang.

“Manakala misi pula menyediakan servis terbaik kepada pelanggan dan memastikan kemahiran pekerja sentiasa di tahap maksimum,” ujarnya.

Untuk makluman, Manros Hairstudio bukan sahaja menyediakan servis potongan rambut yang terbaik, malah rawatan muka seperti facial scrub dan black mask juga disediakan di sini dengan harga berpatutan.

barber nama ibu bapa

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Manros Barbershop boleh layari Manros.official di platform sosial media TikTok, Instagram dan Facebook atau hubungi nombor talian 014-965 6705.

Untuk mengikuti dengan lebih lanjut tentang perjalanan hidup Aman sebagai seorang tukang gunting, tonton video penuh di bawah.