Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hajiji Nafi Dakwaan Tanah 127.3 Hektar di Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Kredit: Bernama.

Kuala Lumpur, 16 Apr - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik telah diserahkan kepada Indonesia.

Menurut Hajiji, dakwaan tersebut tidak benar, sekali gus menyanggah laporan media Indonesia berkenaan perkara itu.

Menurut Hajiji lagi, hakikatnya, Malaysia memperoleh kelebihan dalam rundingan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

“Hakikatnya, Malaysia memperoleh kelebihan dalam rundingan ini, namun butiran lanjut tidak boleh didedahkan kepada umum,” katanya memetik laporan dari Astro Awani.

Awal hari ini, beberapa media Indonesia melaporkan bahawa kononnya kawasan seluas 127.3 hektar telah diserahkan kepada Indonesia hasil dari rundingan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Sumber:Awani