Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Dakwa 127.3 Hektar Di Pulau Sebatik Kini Milik Mereka

127.3 Hektar Di Pulau Sebatik
Kredit: Kompas TV

Indonesia Dakwa 127.3 Hektar Di Pulau Sebatik Kini Milik Mereka

Ketua Staf Presiden (KSP) Indonesia, M.Qodari mendakwa bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini termasuk dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia.

Memetik laporan Kompas.com, Qodari berkata perubahan tersebut merupakan hasil diplomasi berkaitan penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia.

"Penegasan sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia di Pulau Sebatik telah selesai dilaksanakan.

"Penyelesaian pengesahan sempadan di Pulau Sebatik merupakan manifestasi keberhasilan diplomasi damai yang memperkukuh kedaulatan wilayah Indonesia.

Kredit: Kompas TV

"Dengan persetujuan mengenai garis sempadan baharu, kawasan seluas 127.3 hektar yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada Malaysia kini secara sah menjadi sebahagian daripada Indonesia," katanya.

Ujarnya lagi, penyelesaian sempadan ini juga menyebabkan sebahagian wilayah Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia.

Namun, wilayah yang 'terlepas' itu hanya seluas 4.9 hektar, lebih kecil berbanding wilayah Malaysia yang dimasukkan ke Indonesia.

"Hanya 4.9 hektar kawasan di sempadan lama Indonesia kini menjadi sebahagian daripada Malaysia," katanya.

Qodari turut menekankan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah membentuk satu pasukan untuk mengira pampasan bagi warga Indonesia yang kini tinggal di wilayah Malaysia tersebut.

Sumber:KOMPAS.com