Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Halau Tikus Dengan Bahan Semula Jadi Yang Sangat Berkesan
Masalah tikus di dalam rumah bukan sekadar isu kebersihan tetapi turut melibatkan kesihatan, keselamatan makanan dan keselesaan seisi keluarga.
Kehadiran haiwan perosak ini selalunya dapat dikesan melalui bau hapak serta bunyi mencurigakan yang datang dari siling atau kawasan tersembunyi di dalam rumah.
Tanda lain yang sering kelihatan ialah sisa najis kecil di sudut gelap selain kesan gigitan pada kotak makanan dan peralatan dapur. Lebih membimbangkan, tikus membawa bakteria dan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan.
Terutama jika ia berkeliaran di kawasan penyediaan makanan. Disebabkan itu, ramai pemilik rumah mula mencari alternatif yang lebih selamat dan mesra kediaman berbanding penggunaan racun atau bahan kimia komersial.
Salah satu pilihan yang semakin popular ialah kaedah untuk halau tikus menggunakan bahan semula jadi. Bukan sahaja lebih jimat malah pendekatan ini tidak merosakkan persekitaran dan lebih selamat untuk keluarga, kanak-kanak serta haiwan peliharaan.
Menariknya, terdapat beberapa bahan semula jadi yang jarang digunakan tetapi sebenarnya mempunyai bau aromatik yang sangat kuat.
Bau ini mampu mengganggu deria tikus sehingga haiwan tersebut berasa tidak selesa dan akhirnya menjauhkan diri daripada kawasan kediaman.
Dengan cara penggunaan yang betul dan konsisten, kaedah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kehadiran tikus malah menjadikan rumah terasa lebih bersih, segar dan terurus.
Antara petua yang paling banyak mendapat maklum balas positif ialah campuran minyak peppermint dan minyak cengkih. Kedua-dua minyak pati ini mempunyai aroma panas.
Baunya yang menyengat dan kuat mampu mengganggu sistem deria tikus. Akibatnya, haiwan ini akan berasa tidak selesa untuk terus berada di kawasan tersebut.
Caranya cukup mudah. Titiskan campuran minyak peppermint dan minyak cengkih pada kapas atau tisu tebal kemudian letakkan di kawasan yang sering menjadi laluan tikus. Contohnya seperti bawah sinki, celah kabinet dapur, bahagian belakang peti sejuk atau sudut gelap berhampiran stor.
Bau ini bertindak seperti penghalau semula jadi yang membuatkan tikus berasa terganggu dan tidak lagi berani mendekati kawasan tersebut dalam tempoh tertentu.
Untuk kesan yang lebih konsisten, kapas boleh diganti setiap minggu supaya aroma kekal kuat dan berkesan dalam tempoh yang lebih lama.
Terutamanya jika kawasan tersebut lembap atau kurang pengudaraan. Kaedah ini juga sesuai untuk mereka yang ingin mengawal tikus tanpa menggunakan perangkap fizikal atau racun kimia.
2. Campuran bawang putih dengan serbuk lada hitam
Walaupun kedengaran ringkas, campuran bawang putih dengan serbuk lada hitam sebenarnya merupakan salah satu kaedah tradisional Asia yang terbukti memberi kesan kuat terhadap tikus.
Bawang putih menghasilkan bau sulfur yang tajam manakala lada hitam pula memberi rasa pedih dan panas yang amat tidak disukai tikus. Ianya sekali gus menghalang haiwan ini daripada melalui laluan yang sama.
Bawang putih yang telah ditumbuk boleh dicampurkan bersama serbuk lada hitam sebelum dibalut menggunakan kain nipis untuk membentuk satu paket kecil beraroma kuat.
Paket ini kemudian boleh diletakkan di kawasan yang berpotensi menjadi pintu masuk tikus seperti celah dinding, longkang kecil atau ruang tepi dapur.
Bau menyengat ini bukan sahaja membuatkan tikus menjauhi kawasan tersebut malah ia turut membantu memutuskan laluan biasa yang sering digunakan oleh haiwan ini.
Namun, pastikan ia diletakkan di kawasan yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan bagi mengelakkan sebarang risiko iritasi pada kulit atau mata. Kaedah ini lebih sesuai digunakan pada kawasan tertentu yang memerlukan kawalan bau yang lebih kuat.
Ini antara kombinasi bahan semula jadi yang jarang orang gunakan tetapi ramai yang mengakui ia sangat berkesan apabila dipraktikkan secara konsisten.
Serbuk kopi mempunyai aroma kuat dan pahit manakala cuka epal pula menghasilkan bau masam yang tajam dan menusuk. Ianya menjadikan gabungan ini sangat mengganggu deria bau tikus.
Apabila kedua-duanya digabungkan, ia akan menghasilkan bau yang mencetuskan rasa gelisah pada tikus sehingga membuatkan haiwan ini enggan mendekati kawasan tersebut.
Caranya cukup mudah. Taburkan sedikit serbuk kopi di atas piring kecil, titiskan cuka epal di atasnya dan letakkan di sudut dapur, rak makanan atau kawasan yang sering menjadi tempat tikus berkumpul.
Teknik ini bukan sahaja bertindak sebagai penghalau semula jadi malah ia turut membantu menyerap bau kurang menyenangkan di ruang dapur.
Untuk hasil yang lebih optimum, piring boleh diganti atau ditambah sekiranya kawasan rumah agak luas atau mempunyai banyak laluan tikus.
4. Kulit limau atau lemon kering
Tahukah anda bahawa bau sitrus seperti limau dan lemon sebenarnya sangat tidak digemari oleh tikus? Kulit sitrus mengandungi bahan semula jadi yang dipanggil limonena.
Ianya mampu mengganggu deria bau tikus sehingga membuatkan haiwan ini berasa tidak selesa berada di kawasan tersebut. Kulit limau atau lemon boleh dikeringkan terlebih dahulu.
Kemudian dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam uncang kecil atau kain organza sebelum diletakkan di dalam laci, kabinet makanan, tepi dinding atau rak dapur.
Keadah ini bukan sahaja membantu untuk halau tikus secara semula jadi malah ianya turut memberikan kesan tambahan. Ruang dapur akan terasa lebih segar dengan aroma sitrus yang lembut dan menyenangkan.
Ia juga sesuai untuk mereka yang gemar menggunakan bahan semula jadi yang lebih ringan dan tidak terlalu menyengat baunya. Jika ingin lebih praktikal, kulit sitrus boleh diganti secara berkala agar aromanya kekal berkesan dalam jangka masa panjang.
Bagi mereka yang kurang gemar menggunakan minyak pati, rebusan daun pudina dan serai wangi boleh dijadikan alternatif semula jadi untuk halau tikus yang lebih lembut tetapi tetap berkesan.
Air rebusan yang telah disejukkan boleh dimasukkan ke dalam botol semburan untuk memudahkan proses penggunaan. Ia kemudian boleh disembur di kawasan strategik seperti bawah kabinet, tepi dinding, lantai berhampiran pintu belakang atau kawasan stor yang jarang digunakan.
Aroma serai wangi yang kuat membantu mewujudkan kawasan tidak selesa untuk tikus. Manakala daun pudina pula akan memberikan kesan tambahan sebagai penghalau aromatik yang lebih lembut.
Kelebihan kaedah ini ialah ia sesuai digunakan di dalam rumah. Ini kerana baunya tidak terlalu menyengat dan lebih mesra persekitaran berbanding bahan kimia komersial.
Ia juga boleh digunakan sebagai rutin mingguan. Terutama di kawasan yang berisiko tinggi menjadi laluan tikus. Dengan penggunaan yang konsisten, semburan ini mampu membantu mengurangkan kehadiran tikus secara berperingkat.
6. Air rebusan cili kering dan bawang putih
Berbeza dengan kaedah lain, air rebusan cili kering dan bawang putih bukan untuk disembur ke arah tikus sebaliknya bertindak sebagai benteng bau di kawasan tertentu.
Campuran ini sesuai digunakan di bahagian luar rumah seperti laluan longkang kecil, kawasan belakang rumah atau sekitar halaman yang dipercayai menjadi tempat keluar masuk tikus.
Dengan menyemburkan campuran ini sebagai garis sempadan, ia akan membantu menghalang tikus daripada mendekati kawasan rumah.
Pada masa yang sama, ia turut memutuskan laluan biasa yang sering digunakan oleh haiwan ini. Namun elakkan menyemburnya di dalam rumah atau berhampiran haiwan peliharaan kerana baunya agak kuat dan pedih.
Kaedah ini lebih sesuai dijadikan langkah sokongan. Khususnya bagi rumah landed atau kawasan yang berhampiran semak dan persekitaran luar. Apabila digabungkan dengan langkah kebersihan yang baik, ia akan membantu mengurangkan risiko tikus kembali berkeliaran.
Gabungan kayu manis batang dan daun bay menghasilkan aroma lembut tetapi padat. Ianyasesuai untuk kawasan tertutup seperti kabinet makanan atau rak penyimpanan.
Dengan meletakkannya di dalam balang kecil berlubang dan diletakkan di sudut tertentu, ia akan bertindak sebagai pewangi semula jadi yang pada masa yang sama membantu menghalau tikus secara pasif.
Kaedah ini amat sesuai untuk ruang kecil yang tidak memerlukan bau terlalu menyengat atau kuat.
Walaupun aromanya lebih lembut, ia masih mampu memberi kesan menghalang tikus daripada mendekati kawasan penyimpanan makanan. Selain itu, gabungan aromatik ini juga membantu mengurangkan bau lembap di ruang kabinet yang jarang dibuka.
Ia boleh dijadikan pilihan bagi mereka yang mahukan kaedah halau tikus yang lebih halus, kemas dan tidak terlalu ketara baunya.
Secara keseluruhanyya, setiap kaedah semula jadi untuk halau tikus ini berfungsi sebagai penghalau aromatik yang membantu mengganggu deria bau tikus.
Namun keberkesanannya akan lebih ketara jika digabungkan dengan amalan kebersihan rumah yang baik. Elakkan meninggalkan sisa makanan dalam keadaan terbuka dan pastikan tong sampah sentiasa bertutup serta dikosongkan secara berkala.
Dalam masa yang sama, bersihkan tumpahan minyak di dapur dan tutup celah atau lubang kecil di lantai serta dinding menggunakan bahan penutup yang sesuai.
Yang paling penting, pilih kaedah yang paling praktikal mengikut keadaan rumah dan kesesuaian kawasan yang sering menjadi laluan tikus. Amalkan langkah tersebut secara konsisten agar hasilnya lebih berkesan dari semasa ke semasa.
BACA : EV Terlaris Di Malaysia 2025: Ini Senarai Model Paling Popular
Sumber :
Rentokil
,
Total