Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hamidin sultan selangor
Gambar: BERNAMA

Hamidin Mohon Menghadap Sultan Selangor

Iqbal Yasir

Hamidin Mohon Menghadap Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung ‘teguran’ daripada baginda, semalam.

Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.

“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Saya telah menghubungi pihak Istana Selangor semalam dan hari ini disusuli dengan warkah surat menghadap Tuanku Sultan Selangor.

“Jadi insya-Allah saya akan cuba selesaikan untuk beri penjelasan (mengenai isu yang berlaku ketika ini),” katanya selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini hari ini.

BACA: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Dianggap Tidak Berperikemanusiaan

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan MFL serta ahli FAM khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana ketidakhadiran pasukan itu ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat murka dengan keputusan terbaharu MFL itu, yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

Sementara itu, Hamidin mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar, yang membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatannya dalam FAM berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Hamidin bagaimanapun memaklumkan tiada pelantikan segera bagi mengisi kekosongan jawatan Shahril, yang sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran, serta pengurus skuad bawah 23 tahun negara, kerana ia hanya boleh dilakukan pada kongres pemilihan FAM tahun hadapan.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan pasukan Selangor FC boleh mengemukakan rayuan kepada badan induk itu, selepas dijatuhkan empat bentuk hukuman susulan tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.

Beliau berkata Selangor FC mempunyai tempoh sehingga hujung minggu ini untuk menghantar surat rayuan rasmi, dan jumlah hukuman terhadap Selangor diputuskan Ahli Lembaga Pengarah MFL juga mungkin dikurangkan berdasarkan pertimbangan badan rayuan MFL.

MFL dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Selangor FC dihukum antara lain didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super.

BACA JUGA: Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Mereka juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu, dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak serta perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Bagaimanapun, Selangor FC dalam satu kenyataan memaklumkan sedang meneliti serta mengkaji semua saluran bersesuaian, bagi mengambil tindakan seterusnya.

Selangor FC menjelaskan mereka memohon penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih selepas kes serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei, dan beberapa lagi insiden lain yang melibatkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan tersebut ditolak.

Keputusan itu menyaksikan JDT diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi aksi Liga Super.

Pemotongan tiga mata menyaksikan Selangor yang kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul sembilan mata, akan jatuh ke posisi kelima.

Sumber: BERNAMA