Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hamzah Zainudin Kini Pulih Daripada COVID-19, Dibenar Keluar Hospital

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Hamzah juga berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumber: BERNAMA