Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Han’ Teruja Di Malaysia, Siap Pakai Kain Pelekat, Netizen Usik “Starter Pack Atok-Atok”

‘Han’ Teruja Di Malaysia
Kredit: IG Sung Kang & Era FM

Hujung minggu di Malaysia, khususnya di Lembah Klang kali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan acara bertaraf antarabangsa serta tempatan.

Selain perlumbaan Formula 1 (F1), Tokyo Auto Salon Malaysia 2026 turut berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober di MAEPS, Serdang.

Acara berkenaan menghimpunkan pelbagai kereta modifikasi dan tuning, selain meraikan budaya automotif Jepun serta komuniti peminat kereta.

‘Han’ Teruja Di Malaysia

Namun, penganjuran kali ini menjadi lebih istimewa apabila pelakon Hollywood yang cukup dikenali menerusi francais filem Fast & Furious, Sung Kang turut hadir memeriahkan acara tersebut.

Sung Kang menerusi Instagram Story miliknya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi layanan yang baik kepadanya.

“Selamat pagi, rakan-rakan saya di Malaysia. Sung Kang di sini. Saya cuma mahu mengucapkan terima kasih atas layanan mesra yang diberikan kepada saya setakat ini.

“Kami baru tiba semalam dan sempat berehat. Saya tidak sabar untuk bertemu semua orang di Tokyo Auto Salon Malaysia petang ini pada jam 2 petang.

“Saya tidak sabar untuk berjabat tangan dengan semua orang dan mengucapkan terima kasih atas segala kasih sayang yang diberikan sepanjang kerjaya saya,” katanya.

Dalam pada itu, Era FM turut berkongsi video yang memaparkan pelakon itu memakai kain pelekat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen Malaysia yang teruja melihat gelagat Sung Kang.

“Lepas ni lepak mamak pulak”

“Kemeja corak, kain pelekat. Starter pack atok-atok baru balik kebun nak pergi masjid ni”

“Semua akan Malaysia bila tiba masanya,”

Bagi peminat Fast & Furious, kehadiran Sung Kang pastinya menjadi antara momen paling dinantikan apabila mereka berpeluang melihat sendiri pelakon yang cukup sinonim dengan watak Han itu.

Kehadirannya turut menambah kemeriahan Tokyo Auto Salon Malaysia 2026, khususnya buat komuniti peminat automotif dan filem aksi berkenaan.

Intipati
  • Sung Kang hadir memeriahkan Tokyo Auto Salon Malaysia 2026 di MAEPS, Serdang.
  • Dia mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas layanan mesra sejak tiba.
  • Video Era FM memaparkan Sung Kang memakai kain pelekat, mengundang reaksi teruja netizen.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan