Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hannah Yeoh, Suami Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin

Hannah Yeoh bercerai
Kredit Gambar: Facebook Hannah Yeoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, telah bercerai dengan suaminya, Ramachandran Muniandy selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Hannah Yeoh bercerai

Berdasarkan maklumat di laman web rasmi Hannah Yeoh, pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 sebelum bercerai pada tahun ini.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak yang dilahirkan masing-masing pada tahun 2011 dan 2013.

Setakat ini, Hannah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perceraian berkenaan.

Hannah sebelum ini bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2022 hingga 2025 sebelum dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember 2025.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Segambut sejak 2018 dan kini menjalani penggal keduanya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Sebelum itu, Hannah pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2018 hingga 2020.

Hannah mula menceburi dunia politik pada 2006 selepas menyertai DAP. Dua tahun kemudian, beliau memenangi kerusi DUN Subang Jaya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Intipati
  • Hannah Yeoh dilaporkan bercerai dengan Ramachandran Muniandy selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
  • Laman web rasmi Hannah menyatakan pasangan itu berkahwin pada 2008 dan bercerai tahun ini.
  • Setakat artikel itu, Hannah masih belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perceraian berkenaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan