Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Hanya Ada Satu Pemenang Dalam Kemelut Krisis Ini, Bukan Rakyat Malaysia, Tapi…” – FB Najib

Nurhanis
Gambar: Bernama

Negara kini berdepan dengan kemelut politik yang dilihat semakin membimbangkan susulan tiada kata putus diberikan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung pada 19 November lalu.

Difahamkan, kemelut yang sedang berlaku kini turut memberi kesan kepada pelabur-pelabur luar negara yang telah menjalinkan kerjasama dengan negara ini.

Di sebalik kekecohan politik, laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan kenyataan akan kebimbangan mengenai masalah ekonomi yang bakal melanda Malaysia.

Ujarn kenyataan itu, dalam kemelut ini, hanya ada satu pemenang yang akan memainkan peranan penting pada masa akan datang. Katanya, pemenang itu bukan rakyat Malaysia mahupun negara sendiri tetapi negara-negara jiran.

Tambah beliau, negara ini tidak akan menjadi negara yang menawarkan pertumbuhan dan pertumbuhan stabil di rantau ini.

Untuk mengetahui perkongsiannya, boleh baca yang tertera di bawah ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan parti politik bahawa ketidakstabilan kerajaan akan kekal selama lima tahun sekiranya kemelutan masih berlaku.

Najib menegaskan bahawa dari tahun 2018 hingga 2027, kerajaan bakal kehilangan sembilan tahun yang berharga gara-gara konflik ketidakstabilan menjarah negara ini.

Gambar: FB Najib Razak

“Mana-mana pihak pun yang jadi kerajaan, ketidakstabilan ini kekal selama 5 tahun. Mungkin sehingga 2027.

“Ini bermakna dari 2018 ke 2027, kita kehilangan 9 tahun yang berharga. 9 tahun masa berharga yang berlalu pergi tidak kembali lagi,” tulis kenyataan itu hari ini.

Sementara itu pada hari ini, satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara akan diadakan bagi membuat keputusan pelantikan calon Perdana Menteri ke-10.

Sumber: Najib Razak via Facebook