Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hanya Dua Pintu Sempadan Darat Malaysia-Thailand Akan Dibuka Bermula 1 April Ini

malaysia thailand

Kerajaan memaklumkan bahawa hanya dua pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di buka untuk pengembara yang berkuat kuasa pada 1 April 2022.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dua pintu sempadan darat tersebut adalah pintu masuk Bukit Kayu Hitam- Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.

Katanya lagi, kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara dan pelancong sahaja. Manakala bagi pengembara harian dan kerap perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand.

“Buat masa ini, protokol am pengembara umum terpakai ke atas pengembara dari Thailand,” katanya pada sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan terus mengadakan perbincangan dengan Thailand mengenai pembukaan pintu-pintu sempadan yang lain seperti di Padang Besar, Keruh dan juga di Kelantan.

Berkenaan pembukaan sempadan negara dengan Brunei dan Indonesia pula, Malaysia ketika ini masih menunggu maklum balas daripada kedua-dua negara jiran itu.

Ini kerana, pembukaan pintu sempadan negara memerlukan persetujuan bersama antara Malaysia dengan dua negara tersebut.

Selain itu, beliau turut berkongsi bahawa kira-kira 2 juta penerima vaksin Sinovac yang masih belum menerima dos penggalak berisiko kehilangan status lengkap vaksin mereka bermula 1 April ini.

Justeru, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa mereka yang masih belum mengambil dos penggalak agar berbuat demikian bagi mengelakkan mereka kehilangan status vaksin sepenuhnya.

Jelasnya lagi dalam Sidang Media KKM sebentar tadi, penerima vaksin Sinovac yang belum menerima dos penggalak juga tidak akan dianggap sebagai penerima vaksinasi lengkap apabila memasuki Singapura kelak.

“Berdasarkan perbincangan saya dengan Menteri Kesihatan Singapura, bagi penerima vaksin primer Sinovac, Singapura hanya menganggap mereka yang sudah menerima 3 suntikan sebagai penerima vaksinasi lengkap.

“Jika anda ingin menikmati percutian ke Singapura dan tidak mahu menjalani kuarantin, jadi anda tahu apa yang perlu anda lakukan,” katanya lagi.

BACA: Pengembara Lengkap Vaksin Dibenar Rentas Sempadan Darat Malaysia-Singapura, Tak Perlu Kuarantin

Sumber: Siaran Langsung KKM