Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hanya Guna Visa Sah, TH Lancar Kempen 'Tiada Visa, Tiada Haji'

TH Lancar Kempen
Kredit: Tabung Haji via Facebook

Hanya Guna Visa Sah, TH Lancar Kempen 'Tiada Visa, Tiada Haji'

Lembaga Tabung Haji (TH) telah melancarkan kempen 'Tiada Visa, Tiada Haji' bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar hanya menunaikan ibadah haji dengan visa haji yang sah.

Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan semasa Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya, pada Isnin.

Kredit: Tabung Haji
Kredit: Tabung Haji

Menerusi satu kenyataan, TH berkata penggunaan selain visa haji seperti visa pelancongan, perniagaan, pekerjaan atau umrah untuk tujuan menunaikan haji adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Arab Saudi.

"Individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga SR100,000, manakala warga asing berdepan risiko pengusiran."

"Mana-mana pihak yang didapati membantu atau mengangkut jemaah tanpa visa sah pula boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda sehingga SR50,000," kata TH.

Kredit: Tabung Haji

Tambah kenyataan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membentuk Pasukan Petugas Khas bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta TH bagi menangani isu penipuan pakej haji dan jemaah terkandas.