Sebelum ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menjadi tumpuan apabila sering dilihat mencemar duli menyantuni rakyat.
Pun begitu, kini giliran dua adindanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menjadi perhatian apabila sering dilihat aktif berinteraksi dengan rakyat melalui medium media sosial.
Terbaru, satu posting Tweet Tengku Puteri Afzan menjadi sebutan apabila gambar yang dimuat naik adindanya dibalas oleh seorang individu dengan komen dipercayai merupakan nama panggilan Tengku Puteri Afzan.

Tindakan individu tersebut telah mendapat kritikan rata-rata netizen lain kerana tidak sensitif.


Tengku Puteri Afzan dalam pada itu membalas komen tersebut, “Only my family can call me that” (Hanya keluarga saya yang boleh memanggil saya dengan panggilan itu.”
Sumber: Tengku Puteri Jihan
