Hanya Naik Skuter, Lelaki Taiwan “Ride Solo” Jelajah Semenanjung
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pelancong asing yang berkongsi pengalaman mereka menjelajah Malaysia tanpa menggunakan khidmat agensi pelancong.
Di sebalik pelbagai sebab, rata-rata ingin merasai sendiri pengalaman berada di tempat yang tidak menjadi tumpuan pelancong. Ada juga yang ingin merasai pengalaman menjelajah tanpa menggunakan pengangkutan awam.
Itulah yang cuba dilakukan oleh seorang warga Taiwan yang dikenali sebagai Chang. Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah Cina Taipei di Shah Alam, Selangor.
“Saya mulakan perjalanan solo saya dari sekolah,” ujarnya ketika ditanya SK.
Kredit: ChangSelama tujuh hari, enam malam, Chang berjaya menghabiskan perjalanannya mengelilingi Semenanjung Malaysia. Chang menghabiskan perjalanan tersebut dengan hanya menaiki motosikal jenis skuter 125cc yang dibelinya.
Tidak hanya berkongsi gambar-gambar kenangan di beberapa lokasi, lelaki berkenaan turut memuat naik peta perjalanan sepanjang tujuh hari itu di kumpulan Facebook The Solo Rider (Malaysia).
Kredit: Chang
Kredit: Chang“Skuter 125cc tak laju tetapi beri saya peluang untuk menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dengan santai. Saya lebih gemar nikmati kebebasan itu daripada tiba di destinasi dengan cepat,” kongsinya.
Kredit: Chang
Kredit: ChangMenurutnya lagi, perjalanan yang bermula pada 30 Jun di Shah Alam dan tamat pada 6 Julai juga di Shah Alam memberinya pengalaman luar biasa.
Kredit: Chang
Kredit: Chang“Dapat merasai hembusan angin, terik matahari dan hujan yang turun disertai beberapa kejutan yang tidak disangka sepanjang perjalanan ini sememangnya hadiah yang terbaik bagi saya,” tambah Chang.
Kredit: Chang
Kredit: ChangPerjalanan solo Chang mengelilingi Semenanjung Malaysia
Hari pertamanya bermula dari Shah Alam, menuju ke Sungai Petani, Kedah. Setelah meluangkan masa seharian di sana, lelaki berkenaan menuju ke Kaki Bukit untuk hari kedua. Pada hari ketiga, Chang tiba di Kota Bharu, Kelantan dengan melalui Gerik.
Kredit: Chang
Kredit: ChangSetelah itu, lelaki berkenaan menuju pula ke Kuantan untuk hari keempat melalui Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, terus ke Laluan Persekutuan 3 dan Lebuhraya Pantai Timur.
Kredit: Chang
Kredit: ChangSetelah berhenti rehat di sana selama satu hari, lelaki tersebut meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi, Johor bagi hari kelima.
Kredit: Chang
Kredit: ChangJika dilihat menerusi peta perjalanan yang dikongsikan, lelaki berkenaan menggunakan peluang yang ada untuk berkunjung dari hujung sebelah timur hingga ke hujung sebelah barat Johor.
Kredit: Chang
Kredit: ChangSelepas puas menghabiskan masa di selatan Johor, Chang menghabiskan masa pula selama satu hari untuk hari keenam di Muar. Beliau kembali ke Shah Alam pada keesokan harinya.
Kredit: Chang
Kredit: ChangKenangan indah di sebalik pemandangan
Perjalanan yang keseluruhannya dicatatkan sejauh 2,640 kilometer itu tidak hanya meninggalkan kenangan indah buat Chang, malah memberi satu persepsi baru buatnya terhadap rakyat Malaysia.
“Selain daripada menikmati pemandangan indah di pelbagai negeri, saya sempat berbual dengan beberapa penduduk tempatan sepanjang perjalanan dan amat terkesan dengan sikap mesra serta keramahan ramai orang.
“Kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris saya agak kurang tetapi ramai orang masih bersabar untuk berbual dengan saya,” kongsi Chang.
Kredit: ChangKeramahan warga Malaysia turut terpapar di laman Facebook berkenaan apabila ramai yang mengalu-alukan kehadiran Chang. Malah ada juga yang menggunakan kesempatan ini berkongsi pengalaman perjalanan mereka di Taiwan menaiki skuter.
Sumber: Chang via Facebook The Solo Rider (Malaysia)
BACA: Lelaki Kongsi Apa Yang Ada Di Puncak Pedas Linggi Lookout Point
BACA: Surat Tulisan Tangan Buat “Uncle JPJ” Jadi Sorotan