Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Happy Anak-anak Ini Semua”, Ustaz Ebit Turun Lahad Datu Pula, Borong Anak Patung & Mainan Hadiahkan Untuk Anak-anak Istimewa

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew baru sahaja terbang dari Semenanjung pagi tadi untuk ke Sabah bagi menyampaikan bantuan di sana.

Menerusi satu hantaran terkini petang ini, beliau memaklumkan bahawa pihaknya berkesempatan menyantuni komuniti golongan istimewa di Lahad Datu.

“Sampai jer Lahad Datu terus ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti jumpa dengan anak istimewa. Beli hadiah mainan dan anak patung. Beri sumbangan sedikit pada mak ayah atau penjaga.

“Happy anak-anak ini semua. Bersama anak ini rasa gembira. Anak ini semua sangat istimewa.

“Semoga mak ayah mereka diberikan rezeki yang luas untuk terus menjaga anak istimewa ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Berikut di bawah adalah foto-foto situasi di sana:-

Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew

Sumber: Ustaz Ebit Lew